Tarikh   : 24 MAC 2020

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 3 orang

 

Tujuan

Untuk mengajar pelajar cara pengurusan kewanagan yang betul serta penggunaan duit yang baik. .

Aktiviti

Pelajar diberikan satu permainan Jutaria,dimana dalam permainan tersebut mempunyai duit,dadu dan lain-lain item.Mereka diagihkan dengan duit simpanan untuk dipakai semasa bermain. Selain soalan-soalan yang ada di permainan, soalan-soalan kdb dan berkaitan dengan PI juga turut di tanya. Petugas PI telah mengolah permainan menjadi lebih menarik.

 

Gambar Di sini

Tarikh   : 16 MAC 2020

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 5 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memantapkan lagi kemahiran para pelajar mengenai Microsoft Excel ini. Pixel art (Super Mario) merupakan gambar yang pertengahan susah untuk disiapkan oleh pelajar.

 

Aktiviti

Pelajar diberikan satu contoh gambar berbentuk Pixel Art (Super Mario).Kemudian petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk menghasilkan gambar tersebut di dalam Microsoft Excel sehigga pelajar boleh menghasilkan gambar tersebut tanpa bantuan petugas.Selain belajar mengenai basic microsof excel, Pelajar juga diuji kecekapan dalam mengira kepantasan menyiapkan tugasan.

 

Gambar Disini

Tarikh   : 05 MAC 2020

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 6 orang

 

 

Tujuan

Untuk memberi maklumat tambahan mengenai Klik Dengan Bijak kepada pelajar sambil menggunakan aplikasi bar code.

Aktiviti

  • Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar. Pelajar diberikan peluang untuk meng'scan' bar code untuk menjawab soalan KDB yang tertera. Seterusnya, Pelajar diminta mencari jawapan di sekitar Pusat Internet dan membacakan jawapan nyang betul di hadapan petugas. Disamping bermain, pelajar juga dapat menambah pengetahuan mengenai KDB dan mengingatkan kembali peraturan-peraturan yang ada di dalam PI.

 

 

Gambar di sini

 

Tarikh   : 07 MAC 2020

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 5 orang

 

Tujuan

Kelas kahoot diadakan bertujuan untuk melatih pelajar dalam menjawab soalan matematik dengan pantas dan betul.

Aktiviti

Peserta didedahkan dengan kuiz online matematik dan pelajar perlu menjawab soalan secara beramai-ramai mengikut masa yang diberikan mengikut soalan yang diberi. Selain menjawab soalan, pelajar juga disuruh untuk menghafal sifir dan membuat proses penyelesaian masalah berkaitan matematik. Petugas, mengambil inisiatif ini mengajar formula matematik kepada pelajar sebagai satu ilmu baru untuk diingati.

 

Gambar di sini

Tarikh   : 01 MAC 2020

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 6 orang

 

 

Tujuan

Ujian menaip ini diadakan bertujuan untuk menguji kecekapan para pelajar menaip dalam masa 5 minit. Selain cepat menaip ia juga melatih mereka mengeja dan melihat perkataan dengan cekap tanpa sebarang kesalahan atau kesalahan yang minima.

 

Aktiviti

  • Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar. Atas permintaan mereka, mereka ingin membuat ujian menaip disamping dikawal oleh petugas. Tambahan lagi, ujian menaip ini amat penting bagi pelajar ini kerana terdapat pelajaran IT di sekolah dan ini merupakan latihan asas bagi mereka. Selain itu petugas dapat mengnetahui tahap kecekapan setiap pelajar dalam menaip perkataan.

 

Gambar di sini