Tarikh   : 26 Oktober 2024

Masa     : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi   : NADI Pusat BDD Kg Baru Pokok Assam

Peserta : Komuniti LMS

Tujuan

Adalah Sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan Komuniti NADI


Aktiviti

Peserta mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh wakil dari Perkasa Komuniti menerangkan tentang kursus yang telah disediakan seperti Mahir Masak, Mahir Foto, Mahir Jahit, Mahir Baiki Gajet dan Mahir Pintar. Kaedah Perlaksanaan Nadi Mahir adalah:-
o Kursus dalam talian - belajar dan amalkan
o Penyediaan peralatan / kit di Pusat NADI
o 1 – 1.5 jam setiap kelas, seminggu sekali (4-5 bulan)
o Tahap asas kemahiran (Mahir cenderahati dan sijil diberi bila tamat kursus) 
o Forum bersama pakar industri
o Pertandingan peringkat negeri & negara (annual conference)
 WhatsApp Image 2024-10-26 at 5.20.35 PM.jpeg

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 17 Oktober 2024

Masa     : 8.30 Pagi - 4.30 Petang

Lokasi   : Kolej Komuniti Taiping, Perak

Peserta : Komuniti LMS

Tujuan

Sesi Latihan Keusahawanan - Business 101 ini adalah untuk memberikan latihan asas keusahawanan yang direka khusus untuk memperkasakan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang perniagaan serta menjadi sesi pengenalan kepada program NADI x Usahawan

 

Aktiviti

Latihan Keusahawanan - Busines 101 telah berlangsung di KOLEJ KOMUNITI TAIPING dimana program ini adalah anjuran daripada Innovative Alliance yang terdiri daripada usahawan-usahawan tempatan dan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Taiping seramai 143 orang. Aktiviti yang dijalankan adalah latihan berkenaan keusahawanan, taklimat 5 Perkhidmatan Pintar di NADI, Pemeriksaan Kesihatan, Keahlian peserta, dan Pendaftaran My Digital ID.

 Picture3.jpg

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 20 September 2024

Masa     : 3.30 Petang - 5.30 Petang

Lokasi   : NADI Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 6 orang

Tujuan

Mengisi masa yang ada dengan melakukan aktiviti di NADI.


Aktiviti

Ahli nadi meluangkan masa di NADI dengan bermain permainan menguji minda  seperti permainan jutaria serta permainan dam yang tersedia di NADI.

6300552350347150129.jpg

Gambar disini

__________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 13 Oktober 2024

Masa     : 7.30 Pagi - 12.00 Petang

Lokasi   : Dewan Pokok Assam Tambahan, Pokok Assam

Peserta : Komuniti LMS

Tujuan

Memberi penerangan berkaitan NADI kepada komuniti setempat tentang kebaikan, faedah serta aktiviti yang boleh dilaksanakan di NADI.


Aktiviti

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun dan diatur oleh JAPEN seperti Pertandingan Mewarna Kanak kanak KEMAS, Pertandingan Memanah, Pertandingan Silat anak anak ahli Silat Gayung Malaysia Cawangan Pokok Assam, Pertandingan Aspek Wanita, sukaneka seperti tuju selipar, bawa bola dengan gelung, dna bawa bola ping pong dalam sudu.Turut diadakan sambutan Hari Warga Emas 2024 Peringkat Komuniti Madani Pokok Assam II yang dihadiri oleh warga emas daripada pelbagai kaum dan juga diberikan hadiah berupa keperluan dapur.Beberapa jabatan dan agensi juga dijemput untuk memenuhi sesi Pocket Talk iaitu PDRM, Pejabat Kesihatan Pokok Assam dan NADI Kg Baru Pokok Assam.
 

462768975_844959151161252_6994071472464481199_n.jpg

Gambar disini

________________________________________________________________________________________________________

Tarikh   : 12 September 2024

Masa     : 3.00 Petang - 5.00 petang

Lokasi   : NADI Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 7 orang

Tujuan

Mengenali perihal Nabi Muhammad S.A.W. melalui kuiz kahoot.


Aktiviti

Petugas menyediakan soalan menggunakan kuiz secara atas talian  (kahoot -  https://kahoot.it/ ) dimana petugas dapat menilai potensi pelajar dalam menjawab soalan dengan pantas dan betul. Menggunakan kuiz dari kahoot , petugas dapat melihat potensi pelajar  dalam menjawab soalan kuiz yang telah diberikan oleh petugas NADI.

6291596858203684544.jpg

Gambar disini

__________________________________________________________________________________________________________________