Tarikh : 21 Mac 2021 Masa : 09.30 Pagi - 11.30 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Membantu serta memudahkan peserta untuk mendapat pekerjaan dengan menghasilkan resume yang terbaik.
Aktiviti
Peserta diajar cara-cara menghasilkan resume yang baik dengan meletakkan segala perihal peribadi, pengalaman kerja, kelulusan, gambar serta lain-lain untuk menjadikan resume tersebut menjadi lebih menarik untuk dilihat oleh majikan.
______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 13 Mac 2021 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 2 orang |
Tujuan
- Pendaftaran vaksin online ini memudahkan mereka membuat pendaftaran vaksin secara atas talian sahaja tanpa perlu ke klinik untuk mengisi borang. Pendafataran boleh dibuat melalui App MySejahtera, Online - www.vaksincovid.gov.my, Talian hotline: 1800-888-828 atau Daftar di klinik kesihatan terdekat bagi yang tiada kemudahan telefon.
Aktiviti
Petugas membantu komuniti untuk membuat pendaftaran vaksin secara online secara percuma.
_____________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 02 Mac 2021 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas Fast Typing 10 pingers ini bertujuan untuk melihat kecekapan dan kepantasan pelajar dalam penggunaan abjad di keyboard komputer.
Aktiviti
- Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar. Atas permintaan mereka, mereka ingin membuat ujian menaip disamping dikawal oleh petugas. Selain itu petugas dapat mengnetahui tahap kecekapan setiap pelajar dalam menaip perkataan.
______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 07 Mac 2021 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaann Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Aktiviti
Membantu dan mengajar kepada pengguna cara-cara memuat naik kode qr My Sejahtera untuk diletakkan pada perniagaan, premis, pengangkutan awam mereka.
______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 26 Februari 2021 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Untuk mengajar pelajar cara menggunakan microsoft word dalam menulis surat yang diperlukan.Seterusnya, mereka dapat mempelajari kegunaan dan kepentingan penggunaan microsoft word.
Aktiviti
Petugas mengajar pelajar format yang diperlukan untuk menulis surat berhenti kerja yang bersesuaian.
______________________________________________________________________________________________________________________