Tarikh : 07 November 2022 Masa : 03.00 Petang - 05.00 petang Lokasi : PEDi Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Membantu pelajar sekolah rendah dalam menyiapkan kerja sekolah dalam bahasa cina dan cara penggunaan bahasa di dalam microsoft power point.
Aktiviti
Petugas menukarkan keyboard layout dalam bahasa cina untuk memudahkan pelajar menyiapkan kerja sekolah beliau. Kemudian memberi tunjuk ajar cara penggunaan ribbon yang ada di dalam microsoft power point.
_____________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 29 Oktober 2022 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : PEDi Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 4 orang |
Tujuan
Untuk mengajar pelajar menggunakan web mewarna digital secara online.
Aktiviti
pelajar diberi tunjuk ajar cara mewarna secara online dengan pelbagai gambar yang ada untuk dipilih.
_____________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 20 September 2022 Masa : 03.00 Petang - 05.00 Petang Lokasi : PEDi Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Membuat pendaftaran anak tahun satu.
Aktiviti
Peserta diajar membuka web SPS-sistem pengurusan sekolah ( https://public.moe.gov.my/ ) untuk membuat pendaftaran kemasukan anak tahun satu .
____________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 15 Oktober 2022 Masa : 03.00 Petang - 05.00 Petang Lokasi : PEDi Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 4 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada pelajar untuk memberi fokus kepada pembelajaran dan sesuatu aktiviti yang memerlukan ketelitian dan fokus.
Aktiviti
Peserta perlu menyusun puzzle digital yang telah dipecahkan kepada 80 keping dan menyusun kepingan tersebut menjadi satu gambar yang penuh dalam masa yang telah ditetapkan.
______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 03 September 2022 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Lokasi : PEDi Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Memberi tunjuk ajar kepada warga emas penggunaan komputer riba miliknya.
Aktiviti
Peserta diajar cara menggunakan microsoft office yang ada di dalam komputer riba dan cara untuk menyimpan maklumat yang telah beliau siapkan di dalam microsoft word.
____________________________________________________________________________________________________________________