Tarikh : 03 Februari 2020 Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Untuk melatih ahli baru pusat internet dalam penggunaan Microsoft Office iaitu Microsoft Excel.
Aktiviti
Petugas menyediakan satu contoh gambar pixcel art kepada pelajar untuk melihat tahap pengetahuan beliau dalam penggunaan Microsoft Excel.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 31 Januari 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
- Kelas resume ini bertujuan mengajar individu tersebut bagaimana membuat resume dan apakah perkara terpenting yang boleh diisi di dalam resume tersebut.
- Aktiviti
-
- Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar lepasan STPM dan ingin mencari kerja yang bersesuaian dengan akademiknya. Pelajar ini hanya mengetahui asas komputer dan tidak mengetahui bagaimana membuat resume dengan betul. Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat resume dengan betul dan baik untuk digunakan semasa memohon pekerjaan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 19 Januari 2020 Masa : 9.30 Pagi - 11.30 Pagi Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 3 orang |
Tujuan
Gotong royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan Pusat Internet Kg Baru Pokok Assam kerana di kawasan Pokok Assam ini setelah terdapat kes denggi disebabkan nyamuk Aedes.
Aktiviti
- Petugas serta beberapa orsng pelajar diarahkan membantu untuk membersihkan kawasan Pusat Internet. Aktiviti membersihkan longkang, mengutip sampah dan membuang daun-daun kering dilakukan seperti yang disarankan oleh pihak KKM sebagai lngkah membasmi kegiatan nyamuk aedes.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 24 Januari 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar mengenai papan tanda yang terdapat di jalan raya dan di tempat-tempat yang tertentu.
Aktiviti
- Pelajar diberi penerangan mengenai papan tanda yang perlu diketahui semasa berada di jalan raya dan juga semasa berada di sesuatu tempat. Pelajar juga dapat belajar mengenai pengetahuan yang baru tentang papan tanda yang jarang dilihat di jalan raya.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 18 Januari 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk menceritakan tentang perayaan masyarakat cina sambil mewarna.
Aktiviti
- Petugas menerangkan serba sedikit asal usul tahun baru cina dan kalender-kalendar cina sambil mewarna. Hal ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya yang harus diketahui oleh pelajar-pelajar.
_______________________________________________________________________________________________________________________