Tarikh   : 21 Disember 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 6 orang

 

Tujuan

  • Kelas Fast Typing 10 pingers ini bertujuan untuk melihat kecekapan dan kepantasan pelajar dalam penggunaan abjad di keyboard komputer.

 

Aktiviti

        • Kelas ini dihadiri 6 orang peserta di mana petugas memberikan ayat didalam link 10 fast fingers untuk ditaip semula oleh pelajar tanpa sebarang kesalahan serta simbul.Kemudian petugas akan memeriksa tahap masa yang diambil oleh setiap pelajar dalam menyelesaikan ayat yang telah diberikan oleh petugas.

 

gambar disini

Tarikh   : 13 Disember 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 4 orang

 

Tujuan

  • Kelas Origami (Naga) ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah di samping meningkatkan daya kreativiti mereka di waktu cuti sekolah.

 

Aktiviti

        • Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar. Mereka ditayangkan dengan video tutorial daripada YouTube tentang cara menghasilan origami berbentuk naga menggunakan kertas origami untuk menjadikn origami tersebut lebih menarik dan kreatif. Kemudian pelajar bersama-sama melakukan origami tersebut dengan tunjuk ajar yang ditayangkan di video serta daripada petugas. Kelas ini dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar dan melahirkan tangan yang berseni.

gambar disini

Tarikh   : 10 Disember 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 2 orang

 

Tujuan

  • Kelas permainan dam ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar cara untuk berfikir sebelum bertindak.

 

Aktiviti

        • Kelas ini dihadiri 2 orang pelajar. Pelajar diajar cara untuk bermain permainan dam ini dimana lawan perlu merentas atau memakan buah pihak lawan tersebut sehingga lawan  mendapat haji dan sehinggalah pihak lawan kehabisan buah dam.

gambar disini

Tarikh   : 11 Disember 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 1 orang

 

Tujuan

  • Kelas microsoft word (surat rasmi) ini bertujuan untuk melatih pelajar membuat surat rasmi dengan betul.

 

Aktiviti

        • Kelas ini dihadiri 1 orang pelajar .Petugas memberi tajuk serta isi kandungan yang perlu ada didalam surat rasmi tersebut. Kemudian, pelajar diberikan satu contoh surat rasmi yang lengkap untuk memudahkan pelajar tersebut membuat panduan serta tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas.

 

gambar disini

Tarikh   : 9 Disember 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 6 orang

 

Tujuan

  • Kelas permainan menyusun perkataan ini diadakan untuk melihat tahap kebijaksanaan pelajar dalam menyusun perkataan. 

 

Aktiviti

Kelas ini dihadiri 6 orang pelajar. Petugas memberikan satu permainan dimana pelajar perlu menyusun perkataan yang dimana abjad bg setiap perkataan telah diubahsuai. kata kunci untuk memudahkan setiap pelajar menyusun perkataan tersebut adalah berdasarkan pembekal internet di Malaysia dan keselamatan ketika melayari internet.

gambar disini