Tarikh : 22 Februari 2020 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas Microsoft Office (Microsoft Power Point - warga emas ) ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar jenis-jenis Microsoft Office yang ada dan kegunaannya. Ia memberikan pengetahuan baru kepada pelajar walaupun telah mencecah usia lanjut.
Aktiviti
Petugas memberikan penerangan kepada pelajar cara kegunaan icon-icon yang ada di dalam microsoft power point dan kegunaannya. Kemudian,petugas memberikan tajuk kepada pelajar iaitu jenis-jenis rangkaian mudah alih. Pelajar perlu mencari gambar rangkaian mudah alih di google kemudian diletakkan ke dalam microsoft power point.
Tarikh : 21 Februari 2020 Masa : 2.30 Pagi - 4.30 Pagi Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 5 orang |
Tujuan
Kelas kuiz online (kahoot) ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar mengenai klik dengan bijak serta maklumat yang sepatutnya pelajar tahu mengenai pusat unternet serta larangan berada di PI. Maklumat ini didedahkan dalam soalan kepada pelajar dan mereka harus memikirkan jawapan yang betul.
Aktiviti
Pelajar diberi penerangan sebelum soalan kuiz bermula. Kemudian,pelajar perlu memilih jawapan yang betul dan tepat bagi soalan yang diberikan.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 07 Februari 2020 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas menaip ini bertujuan untuk melatih pelajar (warga emas) untuk lebih cekap dan mahir dalam penggunaan button di keyboard.
Aktiviti
Pelajar diberikan satu link di web iaitu 10 fast fingers. Di dalam link tersebut, pelajar diberikan satu ayat untuk ditaip. Melalui cara ini, petugas dapat melihat potensi pelajar dalam penggunaan keyboard.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 16 Februari 2020 Masa : 2.30 Pagi - 5.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 4 orang |
Tujuan
Kelas Jigsaw Puzzle ini bertujuan untuk menguji tahap daya ingatan peserta dalam mengingati gambar yang telah diberikan. Selain itu, peserta juga dapat bersaing dengan peserta lain dalam menyiapkan puzzle dalam jangka masa yg telah ditetapkan.
Aktiviti
Pelajar diberikan penerangan mengenai cara permainan pendidikan (jigsaw puzzle) ini dijalankan. Kemudian, pelajar memilih tahap kemampuan mereka sendiri untuk menyelesaikan puzzle tersebut. Apabila sudah selesai, mereka akan memilih lagi puzzle tahap sederhana kemudian tahap yang paling susah dalam menyelesakannya. Dengan cara ini, petugas dapat melihat tahap ingatan setiap pelajar mengingati gambar serta menyelesaikan puzzle dengan sempurna.
_______________________________________________________________________________________________________________________
Tarikh : 05 Februari 2020 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Pagi Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk mengajar pelajar tentang format surat rasmi yang betul. Ia amat penting kerana segala yang berkaitan dengan perkara rasmi memerlukan surat rasmi dan format yang betul dan jelas pengisian isi kandungnya.
Aktiviti
Petugas memberi tunjuk ajar kepada pelajar cara membuat surat rasmi dengan betul mengikut format yang sepatutnya. Kemudian, petugas menerangkan isi kandung yang patut ada di dalam surat tersebut.
_______________________________________________________________________________________________________________________