Tarikh : 07 MAC 2020 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 5 orang |
Tujuan
Kelas kahoot diadakan bertujuan untuk melatih pelajar dalam menjawab soalan matematik dengan pantas dan betul.
Aktiviti
Peserta didedahkan dengan kuiz online matematik dan pelajar perlu menjawab soalan secara beramai-ramai mengikut masa yang diberikan mengikut soalan yang diberi. Selain menjawab soalan, pelajar juga disuruh untuk menghafal sifir dan membuat proses penyelesaian masalah berkaitan matematik. Petugas, mengambil inisiatif ini mengajar formula matematik kepada pelajar sebagai satu ilmu baru untuk diingati.