Tarikh   : 20 April 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta  : 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk menguji kepekaan pelajar mengenai perkara yang mereka belajar sebelum ini. Selain itu, ' Finding the Thieves' juga mengajar para pelajar mengenai nilai-nilai murni dari segi sikap dan cara bergaul dengan baik. Moral yang terdapat dalam 'Finding the Thieves' ialah jangan sesekali menuduh tanpa sebarang bukti kerana itu adalah fitnah.

Aktiviti

Pelajar ditayangkan video dan diminta mencari siapakah pencuri atau suspek sebenar sesuatu kejadian beserta bukti yang kukuh. Disamping menjana pemikiran yang kreatif pelajar juga belajar sesuatu daripada kelas ini.

Gambar di sini

Tarikh   : 21 April 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Pelajar didedahkan dengan kelas agama islam supaya pelajar akan selalu mengingati perkara-perkara wajib iaitu rukun iman,rukun islam,nama-nama Nabi,nama-nama Malaikat dan lain-lain.

 

Aktiviti

Pelajar diberikan soalan berkaitan dengan  agama islam.

 

gambar disini

Tarikh   : 10 April 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk melihat prestasi setiap pelajar dalam penggunaan perkataan bahasa inggeris.

Aktiviti

Pelajar diagihkan kepada 6 kumpulan dan petugas PI mengagihkan kepada setiap kumpulan kertas yang mempunyai abjad tunggal.Kemudian pelajar perlu berfikir untuk menggabungkan abjad-abjad yang diberi menjadi satu perkataan sehingga selesai.

 

gambar disini

Tarikh   : 11 April 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 3 orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk melatih pelajar yang terlibat dengan kelas pemulihan di sekolah dalam penggunaan keyboard komputer.Petugas juga dapat melihat prestasi pelajar serta membantu mereka yang kurang dengan simbol dan abjad yang terdapat pada keyboard.

Aktiviti

Pelajar didedahkan dengan permainan abcya ( keyboard challenge ).

 

gambar disini

 

Tarikh   : 08 April 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 04 orang

 

Tujuan

Kelas permainan pendidikan (BINGO) ini diadakan bertujuan untuk mengajar para pelajar untuk berfikir cara untuk menyelesaikan sesuatu jawapan dengan mahir. .

Aktiviti

Kelas ini dihadiri seramai 4 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Menerusi permainan BINGO ini pelajar perlu berfikir nama haiwan yang hidup di darat.Pelajar akan memenuhkan setiap nama haiwan di dalam kotak.Kemudian pelajar akan memilih satu haiwan sehingga kotak-kotak yang tersedia menjadi bingo.Pelajar yang dapat menyelesaikan binggo paling awal,dialah pemenang.

 

gambar disini