Tarikh : 21 Julai 2019 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mengajar pelajar cara bagaimana untuk mengedit sesuatu gambar dari google dan dimasukkan ke dalam Microsoft Word.
Aktiviti
Pelajar diminta untuk mencari satu gambar didalam google,kemudian pelajar diajar satu persatu cara untuk mengambil gambar tersebut untuk diletakkan didalam Microsoft word.
Tarikh : 16 Julai 2019 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara penjagaan kesihatan yang betul
Aktiviti
Pelajar akan disediakan dengan alat timbangan berat serta alat untuk melihat tahap tekanan darah masing-masing.Kemudian pelajar diajar oleh petugas untuk mengisi segala butiran peserta di dalam dashboard iHealth.Disamping itu juga,petugas memberikan penerangan mengenai pyramid makanan kepada peserta.
Tarikh : 10 Julai 2019 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta membuat surat kiriman rasmi menggunakan komputer dengan mengikut format yang betul.
Aktiviti
Kelas ini dihadiri 1 orang pelajar yang merupakan pelajar sekolah rendah . Petugas memberi penerangan kepada pelajar mengenai format dan Font yang sesuai untuk membuat surat rasmi yang betul.
Tarikh : 13 Julai 2019 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 1 orang |
Tujuan
Memudahkan pelajar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai mengikut bidang dan kelayakan yang mereka peroleh.
Aktiviti
Peserta diberikan satu format resume terkini yang bersesuaian untuk memohon pekerjaan.Kemudian,peserta diajar oleh petugas cara untuk melengkapkan setiap butiran yang perlu diisi di dalam resume tersebut.Resume yang tidak terlalu sarat memudahkan majikan membaca dan akan nampak lebih menarik untuk dilihat.
Tarikh : 06 Julai 2019 Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam Peserta : 6 orang |
Tujuan
Mendedahkan kepada pelajar mengenai KDB (Klik Dengan Bijak)
Aktiviti
Pelajar perlu menyenaraikan perkara-perkara yang dilarang dan tidak boleh dibuat semasa melayari internet di dalam Microsoft Power Point.