Tarikh   : 05 April 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 7 orang

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar pada hari Sabtu untuk belajar Bahasa Inggeris dengan santai dan seronok.

 

Aktiviti

kelas bahasa inggeris ini diajar secara verbal dan penulisan. Pengajar menggunakan animasi dan kertas sebagai bahan bacaan. Pelajar pula melakuakan aktiviti seperti berlakon dan bercakap dalam bahasa inggeris semasa kelas dijalankan.

 

Gambar di sini

Tarikh   : 25 Mac 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 4 orang

Tujuan

Dapat memberi tunjuk ajar kepada golongan ibu bapa serta lepasan spm cara-cara membuat pendaftaran melalui online.

Aktiviti

Ibubapa serta pelajar lepasan SPM diberikan kemudahan dan bantuan daripada petugas pusat internet untuk mengisi UPU online serta pendaftaran murid tahun satu dengan mudah.

gambar disini

Tarikh   : 21 Mac 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada pelajar bagai mana cara mengisi upu online.

 

Aktiviti

Pelajar lepasan SPM diberikan kemudahan dan bantuan daripada petugas pusat internet untuk mengisi UPU online dengan mudah.

 

gambar disini

 

Tarikh   : 24 Mac 2019

Masa     : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Baru Pokok Assam 

Peserta : 12 orang

Tujuan

Memenuhi aktiviti cuti sekolah bersama pelajar-pelajar dalam menghasilkan pelbagai bentuk origami.

Aktiviti

Pelajar diberikan kertas khas untuk menghasilkan pelbagai bentuk origami berdasarkan tayangan video yang diberikan.

gambar disini

Tarikh   : 20 Mac 2019

Masa     : 2.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi   : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Aor

Peserta : 369 orang

Tujuan

Memberi pendedahan dan taklimat Klik Dengan Bijak kepada pelajar-pelajar sekolah tahun 4, 5, 6 berkaitan isu-isu keselamatan internet serta adab penggunaaan media sosial di kalangan pelajar-pelajar  seperti instagram, youtube, aplikasi tik tok dan sebagainya.

Aktiviti

Selain taklimat, sesi soal jawab antara pelajar dan petugas Pusat internet dan pemberian cenderhati turut seiring diberikan bagi memeriahkan lagi majlis .

gambar disini