Menurut Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), terdapat kekeliruan berkenaan notis 3 hari “Total Lockdown Challenge” di Sarawak.
Pihak JBPN ingin menjelaskan bahawa tiada perintah berkurung di Sarawak selama 3 hari, dan ianya bukan sahut-cabaran atau inisiatif daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Walaupun kandungan notis yang dimuatnaik mempunyai niat yang baik, namun ianya mampu mencetuskan suasana panik dalam kalangan orang awam sekiranya tidak diteliti secara menyeluruh.
#sebenarnyamy
.
TAHNIAH KPK DATUK DR NOOR HISHAM
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dinobatkan antara tiga doktor terbaik dunia yang ‘lahir’ dari pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan wabak COVID19 oleh China Global TV Network.
Bagi sektor ekonomi yang mula beroperasi, pastikan anda mengamalkan langkah-langkah penjagaan kebersihan dan penjarakan sosial di tempat kerja. Ingat, kesihatan semua individu adalah perkara yang paling penting.
#KitaMestiMenang!