Untuk perhatian, kelulusan yang diberi terdahulu kepada syarikat untuk beroperasi sepanjang PKP 1 dan 2 terpakai untuk PKP 3. Namun, digalakkan syarikat yang sudah mendapat kelulusan untuk membuat permohonan baharu bagi mendapatkan surat kelulusan yang mempunyai QR code, yang mengandungi maklumat syarikat dan pekerja.