Elakkan dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan atau ‘Financial Scam’
Tip Keselamatan:
1. Tidak membalas emel/mesej yang meminta maklumat perbankan anda.
2. Jika hadiah atau wang ganjaran yang ditawar sangat lumayan, kemungkinan besar ia adalah scam.
3. Pastikan kata laluan dan nombor pin anda dirahsiakan.
Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan sebarang transaksi dalam talian.
#EtikaMediaSosial
#FinancialScam
#KlikDenganBijak
#MCMC
#PenipuanKewangan
Info BPN:
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Kedua secara tunai dilaksanakan bermula pada 14 Mei 2020 hingga 31 Disember 2020.
Rujuk perkara di bawah untuk maklumat lanjut:
1. Bayaran secara tunai kepada penerima:
- Tiada akaun bank
- Bayaran BPN gagal dikredit ke akaun penerima
2. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan masing-masing secara atas talian terlebih dahulu melalui laman berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia - http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH) - https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia - https://www.treasury.gov.my
3. Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika menerima bayaran tunai di Cawangan BSN.
4. Pihak BSN ingin menegaskan agar setiap pelanggan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di premis Cawangan BSN.
5. Sila klik https://bit.ly/BSN-BPN untuk soalan lazim (FAQ) mengenai pembayaran BPN.
Sumber: BSN
"PANDUAN PENGGUNA MEMBUAT ADUAN SECARA RASMI"
Jom kita lihat apa maklumat yang perlu disertakan bagi memudahkan KPDNHEP untuk mengambil tindakan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan yang tidak beretika.
Masyarakat perlu memperkasa aktiviti pencegahan di peringkat rumah. Ini adalah contoh kit yang boleh disediakan di peringkat rumah. Saring pekerja di pintu masuk rumah.
Penggunaan termometer infrared juga perlu betul. Kenali apakah bacaan demam, apakah bacaan normal dan apakah bacaan yang kurang tepat.
Tanya soalan gejala seperti
❌demam
❌batuk
❌sakit tekak
❌ Sesak nafas
Begitu juga penggunaan hand saniter kena betul.
Larang mereka masuk jika terdapat simptom gejala ini dan sarankan mereka untuk memeriksa kesihatan sebelum memulakan kerja.