Hari Jururawat Sedunia disambut pada 12 Mei setiap tahun bagi menghargai peranan dan sumbangan jururawat kepada masyarakat.
Tarikh ini diambil sempena dengan hari kelahiran ikon kejururawatan moden iaitu Florence Nightingale. Istilah dalam Bahasa Inggeris "nurse" berasal dari perkataan "nourice" yang bermaksud yang memberikan khasiat.
Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat. Terima kasih atas segala bakti kepada masyarakat dan negara.