ROTI BAKAR ARANG POKOK ASSAM

roti bkr 1

Penduduk sekitar gemar bersarapan atau membeli juadah sarapan pagi di gerai yang diusahakan oleh E. Fadhil ini. Menu mereka yang sangat popular adalah roti bakar arang bersama telur separuh masak ataupun roti kapit berintikan kaya bersama margerin. 

Keunikan makanan ini adalah cara penyediaannya yang mana roti tersebut dibakar di atas dapur arang menjadikan aroma roti tersebut berbau harum dan menyelerakan untuk dimakan di waktu pagi.

 

rti bkr 2

Lokasi gerai ini adalah bersebelahan stor JKR dan berhadapan bangunan JPAM Pokok Assam. Jika anda berkelapangan jemputlah singgah ke gerai ini untuk nikmati sendiri keenakan dan keunikan roti bakar arang pokok assam ini.