Permohonan S.M.A.R.T IFTAR @PERAK kini telah dibuka.

Kerajaan Negeri Perak melalui Digital Perak telah membangunkan sebuah platform pembelian alternatif secara digital iaitu S.M.A.R.T IFTAR @PERAK bagi memudahkan para peniaga dan pembeli melakukan penjualan dan pembelian juadah bazar Ramadan secara atas talian.

Bagi peniaga bazar Ramadan yang berminat untuk mendaftar di platform S.M.A.R.T IFTAR @PERAK anda boleh melakukan pendaftaran di pautan berikut;- https://digital.perak.my/ebazar/

Manakala bagi individu yang berminat untuk menjadi rider (penghantar makanan) boleh melakukan pendaftaran di pautan berikut;- https://digital.perak.my/pengguna/rider/

Adalah menjadi tanggungjawab anda sama ada penjual atau penghantar makanan untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila rujuk garis panduan di pautan berikut;- http://www.kualakangsar.gov.my/ms/mp-kuala-kangsar/pusat-media/pengumuman/garis-panduan-keselamatan-makanan-yang-dijual-secara-talian

Selaras dengan arahan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid-19, diharapkan penjual, penghantar makanan dan pembeli mematuhi etika jarak sosial yang telah disarankan.

#kitajagakita
#stayathome

 

c221f0bb-b755-4373-84b2-c0ade0ff0019.jpg